PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI
Penghayatan Etika Dan Peradaban
MPU21072
KUMPULAN:3
NAMA AHLI:
1)YASMEEN DAYANNA BINTI MOHD AZAR (11DPI24F1025)
2)AFRINA DAMIA BINTI AZHAR (11DPI24F1037)
3)PUVANRAJ A/L RAMESH (11DPI24F1078)
4)MUHAMMAD AMJAD BAZLI ANIQ BIN MOHD ALI(11DPI24F1001)
5)MUHAMMAD NURFARIHIN BIN MHD ZAID (11DPI24F1081)
KELAS:DPI1B
LECTURER NAME: MUHAMMAD FAIZAL BIN MAT PESA
ISI KANDUNGAN
- Pendahuluan
- Tujuan Perlembagaan
- Peranan Perlembagaan Sebagai Tiang Seri
- Konsep Integrasi:Makro,Meso,Mikro
- Rujukan
- Penutup
Pendahuluan
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan merujuk kepada satu dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Ia telah diguna pakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara.Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan secara automatik terbatal.
Tujuan Perlembagaan Persekutuan:
-Menyatakan pembahagian kuasa antara semua badan dengan institusi yang terlibat serta cara pelaksanaan kuasa tersebut dijalankan.
-Menyatakan secara jelas tentang tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.
-Menentukan cara pemerintahan sesebuah negara dilakukan, bidang kuasa pemerintah, menetapkan bentuk sistem kerajaan yang diamalkan, serta menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat.
Perlembagaan Sebagai Tiang Seri Integrasi
Peranan Perlembagaan Sebagai Tiang Seri:
1.Mengikat masyarakat untuk merujuk pada satu undang yang sama untuk sesuatu masalah supaya tidak bercanggah antara satu sama lain.
-Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan kekal seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
-Ugama islam ugama bagi Persekutuan,ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
-Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan mengembangkan ugamanya.
2.Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran negara.
-Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) membolehkan pihak Kerajaan mengisytiharkan Kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan.
3.Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
-Rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan padangan masing-masing namun ia masih di bawah undang-undang.
4.Melindungi kepentingan semua kaum dengan jaminan keadilan sosial antara kaum.
-Mana-mana perbuatan atau perkataan yang boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah, tindakan itu adalah sah walaupun tidak selaras dengan mana-mana peruntukan.
Konsep Integrasi
Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan.Ada yang wujud di peringkat makro,meso (pertengahan) dan mikro.
Makro
(Peranan Kerajaan)
a)Sekolah Wawasan
-Satu konsep sekolah rendah yang boleh mewujudkan persekitaran yang memberi peluang secara langsung kepada murid-murid dari pelbagai kaum bergaul dan berinteraksi dengan lebih bebas.
-Contohnya,gabungan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks iaitu Sekolah Kebangsaan,Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dalam satu kawasan yang sama.
-Para pelajar berkongsi kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi antara satu sama lain, dengan ini dapat mewujudkan integrasi kaum dan asimilasi budaya pada peringkat primer.
b)Wawasan 2020
-Diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir dengan merangka tempoh pembangunan Malaysia yang moden akan diperoleh sepenuhnya menjelang 2020.
-Matlamat wawasan ini menjadi cabaran bagi semua warga Malaysia menghayatinya.Antara 9 cabarannya:
-Mewujudkan negara Malaysia Bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.
-Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju .
-Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
-Mewujudkan masyrakat liberal dan bertolak ansur.
-Mewujudkan masyarakt saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan.
-Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
-Pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
-Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
-Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
c)Program Latihan Khidmat Negara
Objektif PLKN:
-Menanam semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan generasi muda atau remaja.
-Mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrasi nasional.
-Membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni.
Implikasi PLKN terhadap perpaduan kaum:
-Toleransi dan kerjasama setiap individu dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.
-Mengetahui adat, budaya, serta cara beragama pelbagai kaum.
Meso
(Peranan Bukan Kerajaan)
-NGO secara khususnya adalah swasta, pertubuhan sukarela ahli-ahli adalah individu atau persatuan yang datang bersama-sama untuk mencapai tujuan yang sama.
-NGO bersifat sukarela, bukan kepartian, tidak bermatlamatkan keuntungan dan tidak menjalankan aktiviti jenayah.
-Peranan NGO dibahagikan kepada tiga iaitu:
-Aspek Sosial
-Aspek Keselamatan dan Hak Asasi
-Aspek Pendidikan dan Keagamaan
Mikro
(Peranan Rakyat)
a)Rumah Terbuka
-Rumah terbuka diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan.Setiap etnik di Malaysia akan sering kunjung-mengunjungi ke rumah tetangga walaupun berlainan etmik.
-Aktiviti ziarah bagi setiap etnik menitikberatkan ciri sensiviti yang ada pada agama dan kaum tertentu.Contohnya:
- Bangsa melayu islam perlu dihidangkan dengan hidangan yang halal lagi bersih.Manakala bagi kaum india tidak dihidangkan dengan menu yang terdapat daging lembu.Ziarah kaum Tionghua pula perlu menepati tema warna merah bagi menimbulkan kemesraan dan keharmonian dalam komunikasi.
b)Rukun
Tetangga
-Satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka.Antara peranan rukun tetangga:
-Menggalakkan hubungan kaum dan integrasi nasional.
-Menggalakkan penglibatan dalam kalangan profesional, golongan berpendidikan tinggi, golongan korporat, pesara dan penjawat-penjawat awam yang berkepentingan untuk memimpin Rukun Tetangga.
-Meningkatkan kualiti kehidupan melalui perkhidmatan sosial, terutamanya kepada kelompok-kelompok yang berpendapatan rendah, golongan kurang upaya dan kelompok-kelompok istimewa yang harus dibantu.
c)Penerimaan Budaya
-Masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan.Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari Jumaat.
-Bagi orang Melayu pula, mereka menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau ‘angpau’ yang terkenal dalam kalangan orang cina.
Kesimpulannya
Integrasi kaum memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan negara kita.Oleh hal demikian, kerajaan telah menjadikan sektor pendidikan sebagai medium dalam memupuk nilai integrasi yang kuat di antara kaum-kaum di Malaysia.Dengan ini matlamat masyarakat akan lebih mementingkan untuk memupuk nilai integrasi dalam kelompok-kelompok masyrakat yang berbilang kaum.
Rujukan
-https://www.slideshare.net/slideshow/topik-6-perlembagaan-persekutuan-sebagai-tapak-integrasi-wahan-etika-dan-peradabanpptx/266370377
-https://integrasiperlembagaan.blogspot.com/
-Buku Penghayatan Etika Dan Peradaban
-https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
Video
https://youtu.be/cO3occeZr-I?si=uX9v3pEHd4M9q9k7



Wow, sangat bermanfaat 😍👍👍
ReplyDeleteblog yang bagus dan penerangan yang baik 👍🏻👍🏻
ReplyDeletePerlembagaan sangat penting kerana ianya selaras dengan prinsip rukun negara iaitu Keluhuran Perlembagaan...Jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu memegang teguh pada rukun negara supaya negara kita terus kekal aman dan damaii..good job korangg😆😆👍🏼
ReplyDelete